Dalang utama kecurian telefon pintar serah diri

SYED Ismail Syed Azizan (kiri) bersama Pegawai Penyiasat, Inspektor Sharizal Azhari menunjukkan sebahagian daripada 71 telefon pintar Samsung Galaxy Note II yang ditemui semula pada sidang akhbar di Kuala Lumpur, semalam. - utusan/AZMAN ASMAYATIM


KUALA LUMPUR 29 Okt. - Selepas lima hari diburu polis, seorang lelaki yang disyaki dalang utama kes kecurian telefon pintar Samsung Galaxy Note II bernilai lebih RM3.23 juta milik syarikat pengeluar telefon jenama terkenal akhirnya menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang hari ini.

Penahanan itu menjadikan jumlah yang ditangkap ialah 13 orang dan sembilan daripadanya akan dihadapkan ke mahkamah esok manakala tiga lagi dibebaskan.

Bagaimanapun, daripada jumlah 1,407 unit telefon itu yang hilang, polis setakat ini hanya menemui 71 unit sahaja.

Sumber Utusan

KOMEN: Sepandai-pandai tupai melompat....

Terperosok dalam kereta

HANCUR...kereta dipandu mangsa selepas terbabit nahas ngeri, semalam.


TAPAH: Seorang wanita dan anak lelakinya terbunuh dalam keadaan ngeri selepas terperosok dan tersepit dalam kereta selepas kenderaan itu dirempuh sebuah bas persiaran, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 pagi itu, mangsa, Nurni Ahmad, 37, dan anak lelaki tunggalnya, Ikmal Daniel Abdullah, 7, ditemui pasukan bomba dan penyelamat dalam keadaan berlumuran darah di Kilometer 46, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur dekat Temoh, di sini.

Mangsa yang memandu Proton Saga dari Tapah untuk pulang ke rumahnya di Ipoh dikatakan bertembung dengan sebuah bas persiaran yang terbabas memasuki laluan bertentangan.

Pada masa sama, sebuah motosikal dari arah Tapah yang tidak sempat mengelak turut merempuh bahagian belakang kereta mangsa menyebabkan penunggang dan motosikalnya terpelanting masuk ke dalam kereta mangsa.

Abang mangsa, Sulaiman Ahmad, 37, yang ditemui di Unit Forensik, Hospital Tapah, di sini, berkata, nahas berlaku selepas Nurni selamat menghantar ibu mereka, Sabariah Laman, 57, pulang ke kampung mereka di Behrang, kira-kira jam 10 malam.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Hati-hati di jalan raya, jika mengantuk semasa memandu carilah tempat sesuai untuk berehat seketika..

Lima lubang RM1 juta

PECAH...dinding kedai yang ditebuk penjenayah.


KUALA LUMPUR: Tiga lubang ditebuk pada dinding sebagai laluan masuk manakala dua lubang lagi digerudi pada peti besi untuk membolehkan sekumpulan penjenayah melarikan barang kemas berjumlah RM1 juta dari sebuah kedai emas di Jalan Genting Klang, Setapak, di sini, semalam.

Ketika kejadian, kedai emas itu ditutup dan kehilangan barang kemas dalam rak kaca pameran disedari pekerja kedai berkenaan jam 7 malam kelmarin ketika dia datang untuk mengambil barangnya yang tertinggal.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Othman Abu Bakar berkata, kebiasaannya kedai itu ditutup jam 8 malam setiap hari serta tidak beroperasi pada Ahad.

Menurutnya, suspek mungkin menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti besi yang tersimpan dalam bilik berkunci itu sebelum tebukan dilakukan berbentuk bulat.

“Polis percaya jenayah itu dilakukan lebih daripada tiga orang berdasarkan jumlah lubang yang dibuat serta tindakan mereka menutup dinding cermin hadapan kedai itu dengan menggunakan kertas bagi mengelak perbuatan mereka dikesan orang ramai yang lalu lalang.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Cerdik tapi tak bertempat.....

Pertengkaran terakhir

PERIKSA...mayat pasangan kekasih maut dalam kebakaran di rumah sewa, semalam.


JOHOR BAHRU: Pasangan kekasih yang dipercayai sering bergaduh di rumah mereka di Blok 15, Town House Polo Park Taman Iskandar di sini, sejak beberapa tahun lalu, bertengkar buat kali terakhir pagi semalam, sebelum kedua-duanya ditemui maut dipercayai terhidu asal tebal dalam kebakaran, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, lelaki warga Singapura, Ang Lye Hock, 52, dan pasangannya dari Sabah, Angielee Ambrose, 29, ditemui maut di rumah sewa mereka selepas kali terakhir dilihat bertengkar dan menjerit sesama sendiri.

Ang ditemui maut di dalam bilik air, manakala mayat Angielee ditemui tersepit antara kabinet televisyen dan pintu utama di ruang tamu.

Pertengkaran itu dipercayai berlaku akibat cadangan memasang piring televisyen satelit di rumah sewa mereka, sebelum beberapa letupan berlaku dan kebakaran bermula.

Difahamkan, sebelum kejadian, rumah mereka dikunjungi seorang pekerja televisyen satelit hingga kurang disenangi seorang mangsa kebakaran itu.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Sentiasa pastikan keselamatan di rumah sentiasa terkawal

Siapa sebenarnya mati?

PANJANG UMUR...Sadisafizan ketika ditemu bual wartawan. Gambar kecil, foto dalam MyKad Sadisafizan yang hilang.



KUALA LUMPUR: “Saya tak mati lagi, seram sejuk badan saya bila awak cakap saya mati.”

Itu kata Sadisafizan Said, 36, kepada wartawan Harian Metro yang ke rumahnya di Kampung Selayang Baru, Batu Caves, di sini, untuk menemu bual keluarganya selepas dia dilaporkan terbunuh bersama dua yang lain dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam.

Pertemuan wartawan Harian Metro dengan Sadisafizan, sekali gus menimbulkan persoalan siapa sebenarnya lelaki yang terbunuh dalam kemalangan itu kerana polis sebelum ini memaklumkan seorang daripada mangsa dikenali sebagai Sadisafizan Said berusia 36 tahun.

Menurut polis, selain lelaki menggunakan nama Sadisafizan yang memandu kereta Proton Perdana dalam kemalangan di Kilometer (KM) 1.6 Jambatan Pulau Pinang pada jam 3.35 pagi itu, seorang lagi yang terbunuh dikenali sebagai Muslim Idwar, 38, dari Jalan Gombak, Kuala Lumpur.

Turut maut ialah seorang wanita, Mai Linda, 18, dari Namutrasi di Sumatera Utara, Indonesia yang meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya (HSJ) jam 10.15 pagi.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Panjang umur....

Janji tunang 5 wanita

BUKTI...Nina dan Wani yang menjadi mangsa lelaki kasanova menunjukkan laporan polis mereka.


SEGAMAT: Kelicikan seorang lelaki yang memperdaya puluhan wanita dikenalinya melalui laman mencari jodoh sehingga dapat mengikis wang lebih RM100,000 terbongkar apabila seorang daripada mangsa curiga dengan kegagalannya hadir untuk majlis pertunangan mereka.

Hasil ‘siasatan’ mangsa itu yang mahu dikenali sebagai Wani, 28, amat mengejutkan apabila kekasihnya itu bukan saja berjanji untuk bertunang dengannya pada 26 Ogos lalu, tapi turut membuat janji serupa dengan empat lagi wanita lain.

Wani yang bekerja sebagai guru sekolah rendah berkata, dia menghubungi empat wanita itu yang mengaku senasib dengannya apabila wang mereka turut dikikis lelaki sama.

“Saya percaya dia ada tidak kurang 20 teman wanita yang semuanya dikenali menerusi laman web mencari jodoh sama. Setakat ini, saya dapat hubungi 10 daripada mereka dan empat dijanji untuk bertunang pada tarikh sama dengan tarikh pertunangan saya,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Wani, ketika berkenalan dengannya September tahun lalu, lelaki itu memperkenalkan diri sebagai Marzuki, 37, berasal dari Terengganu dan bekerja sebagai kontraktor.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Jangan mudah terpedaya dengan orang yang baru kenal dari laman web........

Bayi lima bulan alami pendarahan disyaki didera

Inilah kesan luka di bahagian belakang kepala seorang bayi perempuan berusia 5 bulan yang dipercayai didera oleh pengasuhnya di Sungai Nibong Kecil, Pulau Pinang semalam.


PULAU PINANG 27 Okt. - Seorang bayi perempuan berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepalanya bagi mengeluarkan darah beku selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.

Difahamkan, kecederaan bayi berkenaan hanya disedari apabila ibu bapanya membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan akibat demam panas pada Rabu lalu.

Ibu bayi berkenaan yang berasal dari Perlis dan enggan dikenali berkata, dia bergegas membawa anaknya itu ke hospital selepas demam panas yang dialami sejak dua hari sebelum itu tidak sembuh biarpun sudah diberikan ubat.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila doktor mengesahkan bayi sulungnya itu mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru selain terdapat darah beku di bahagian kepala.

Sumber Utusan

KOMEN: Segeralah bawa bayi anda ke hospital atau klinik berhampiran sekiranya berlaku kejadiaan aneh.

Mayat wanita dalam but kereta

Dalam but kereta Kancil inilah mayat wanita dijumpai di Jalan Teratai Johor Jaya, Johor Bahru, semalam.



JOHOR BAHRU 27 Okt. - Mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh ditemui di dalam but sebuah kereta di Jalan Teratai, Taman Johor Jaya di sini semalam.

Kereta Perodua Kancil berwarna hijau itu ditemui seorang penduduk pada pukul 5 petang ketika dipercayai berjalan-jalan sambil membawa anjing peliharaannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supritendan Roslan Zainuddin berkata, hasil siasatan pihaknya menemukan kesan tikaman di perut mangsa yang lengkap berpakaian dan berusia 30-an tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

"Polis menyiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sudah menghantar mayat untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di sini.


Sumber Utusan

KOMEN: Jika sesuatu mencuriakan berlaku, segeralah hubungi pihak berkuasa.....

Mati kehabisan oksigen

TRAGEDI...jenazah Rosli diangkat untuk dibawa ke hospital sambil diperhatikan Yusof (kiri), semalam.

ALOR SETAR: “Arwah sedang menyelam, tetapi masih tidak timbul untuk tempoh lama menyebabkan kami tidak sedap hati sebelum seorang rakan terjun ke dasar laut untuk melihat apa yang berlaku dan menemuinya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” kata Azman Yusof, 39, rakan kepada juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Rosli Mohamad Isa, 32, yang lemas ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Perak, kira-kira 60 batu nautika dari Langkawi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi, mangsa bersama sembilan lagi rakan dikatakan pergi memancing di perairan berkenaan sejak Ahad lalu.

Bagaimanapun, mangsa dipercayai lemas selepas alat pernafasannya kehabisan oksigen dan tidak timbul ke permukaan dalam jangka masa lama sebelum ditemui kira-kira jam 11.45 pagi.

Azman berkata, arwah sedang menyelam bersama beberapa rakan lain di perairan berkenaan, namun tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan seorang daripada mereka menyelam semula untuk mencari mangsa.

“Seorang rakan kami, Haris Abdullah, 44, terus menyelam untuk mencari arwah kerana dia tidak timbul selepas beberapa jam menyebabkan kami risaukan keselamatannya.

“Apabila Haris menemui arwah didapati dia sudah meninggal dunia dipercayai alat pernafasan kehabisan oksigen manakala Haris dalam keadaan kritikal sebaik naik ke atas bot,” katanya yang ditemui di Jeti Kuala Kedah, semalam.

Abang mangsa, Yusof, 42, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan dan bersikap seperti biasa kerana meminati hobi memancing dan menyelam.

“Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua anak. Kami pasrah dengan kejadian ini dan berdoa arwah ditempatkan dalam kalangan golongan beriman,” katanya.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Ajal maut di tangan Tuhan........

Ketar lihat nahas ngeri

MAUT...ahli keluarga mangsa melihat jenazah Halijah (gambar kecil) selepas bedah siasat di Hospital Gua Musang, semalam.


GUA MUSANG: “Sejurus terdengar dentuman kuat, tubuh saya menggigil apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dan tubuhnya hampir putus dua di bahagian pinggang akibat diseret kereta.”

Demikian kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.

Rakannya, Masitah Ramli, 30, membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.

Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah Proton Satria yang gagal memotong sebuah lori, menyebabkan Halijah terseret di bawah kereta itu dalam jarak beberapa meter.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Berhati-hati di jalan raya.......

Tragedi pulang awal sambut Aidiladha

REMUK...mayat Lajat dikeluarkan bomba selepas kereta dipandu terbabit nahas, semalam.

ENDAU: “Kami sekeluarga bercadang pulang awal menyambut Aidiladha bersama keluarga di Kota Bharu dan bertolak dari rumah sebelum subuh bagi mengelak kesesakan, malangnya kami terbabit dalam kemalangan hingga meragut nyawa suami,” kata Nor Suriati Yusuff, 42, isteri kepada anggota polis yang maut dalam kemalangan di Kilometer 7, Jalan Mersing-Endau di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, Koperal Lajat Padilat, 52, yang memandu kereta Proton Persona dari Johor Bahru maut apabila kereta dipandunya memasuki laluan bertentangan lalu bertembung kereta Toyota Vios dinaiki tiga guru dari Endau.

Difahamkan, tiga guru berkenaan dalam perjalanan ke Felda Endau di sini untuk mengambil seorang rakan mereka sebelum menghadiri kursus di Batu Pahat.

Dalam kejadian itu, Nor Suriati dan dua anaknya, Mohd Afik, 10, dan Farah, 13, cedera akibat pertembungan dua kereta berkenaan di kawasan berbukit berhampiran Felda Endau.

Pemandu kereta Toyota Vios, Koh Chong Sia, 50, dan penumpang depan, Zaidi Tahar, 37, cedera ringan, manakala penumpang belakang, Amizah Baharom, 29, cedera parah di kepala.

Menceritakan kejadian itu, Nor Suriati berkata, selepas dua jam perjalanan mereka berhenti berehat di satu simpang berhampiran lokasi kemalangan selama beberapa minit, sebelum meneruskan perjalanan.

“Ketika itu, semuanya seperti biasa dan suami meneruskan perjalanan, manakala saya dan anak tertidur di dalam kereta.

“Saya tidak ingat apa-apa dan tersedar apabila kereta kami terbabit dalam kemalangan.

“Ketika itu, saya terasa sakit di kepala akibat terhantuk cermin kereta,” katanya.

Sementara itu, Mohd Afik ketika ditemui di Klinik Kesihatan Endau masih trauma dengan kemalangan itu dan tidak dapat mengingati kejadian.

Ketika itu, dia dan ibunya belum mengetahui mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kemalangan itu.

Semua mangsa dikejarkan ke Hospital Mersing sebelum dirujuk ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, kecuali Zaidi yang meminta dibawa ke Hospital Kuantan, Pahang untuk mendapatkan rawatan lanjut, manakala dua anak Lajat hanya dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Endau.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Berhati-hati di jalan raya, ingatlah yang tersayang

Wang tunai RM176,000 lesap



SHAH ALAM 22 Okt. - Sekumpulan penjenayah melarikan wang tunai RM176,000 selepas menebuk dinding tempat pembuangan sampah dan pintu bilik kebal cawangan Agro Bank di Dataran Sunway, Petaling Jaya di sini awal pagi semalam.

Rompakan nekad tersebut hanya disedari kakitangan bank yang datang untuk memulakan tugas pada pukul 7.50 pagi ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, polis percaya penjenayah terbabit menebuk dinding tempat pembuangan sampah di bahagian belakang bank itu kira-kira pukul 3 pagi.

"Mereka kemudian masuk dan menebuk pula pintu bilik kebal dan mengambil kesemua wang tunai di dalamnya berjumlah RM176,000 sebelum melarikan diri," kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.

Tun Hisan berkata, polis menemukan peralatan untuk menebuk lubang yang ditinggalkan kumpulan perompak itu.

Beliau berkata, pihaknya percaya rompakan ini dirancang secara teliti kerana penjenayah terbabit tahu lokasi tempat pembuangan sampah dan bilik kebal di bank itu.

"Polis masih menyiasat kejadian ini dan telah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan melihat rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di bank tersebut bagi mengesan penjenayah yang terlibat," kata beliau

Sumber Utusan

KOMEN: Cerdik mereka buat strategi.....tapi tak bertempat

Porsche Panamera 4 hilang ditemui semula

ANGGOTA polis memeriksa kereta Porsche Panamera 4 yang ditemui semula di Pasar Borong Selangor selepas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Kuala Lumpur, semalam


KUALA LUMPUR 22 Okt. - Selepas 12 hari sebuah Porsche Panamera 4 dicuri dari sebuah pusat pameran jenama itu di Jalan Bukit Bintang di sini, kenderaan mewah tersebut akhirnya ditemui di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan, dekat sini hari ini.

Polis turut menahan seorang lelaki yang disyaki pembeli kereta bernilai RM900,000 tersebut dalam serbuan di tempat letak kenderaan di situ, pukul 12.30 tengah hari.

Difahamkan, kereta itu yang dibeli suspek dengan harga RM30,000 dikesan berada di kawasan tersebut sejak 19 Oktober lalu menerusi alat pengesan satelit (GPS) yang dipasang di dalamnya.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah, kereta itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut sebelum ia diserahkan kepada pemilik syarikat itu.

"Kereta itu ditemui dalam keadaan baik tanpa kerosakan atau kehilangan peralatan di dalamnya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 11 Oktober lalu itu, seorang lelaki melarikan sebuah kereta Porsche Panamera 4 dari sebuah bilik pameran kereta jenama itu di Jalan Bukit Bintang di sini setelah berpura-pura mencari seorang rakan yang kononnya kakitangan di situ.

Suspek terbabit yang dipercayai menjual kereta mewah itu kepada seorang pembeli kemudian ditahan di Kampung Pendamar, Pandamaran, Klang dekat sini, iaitu selepas 18 jam diburu.

Polis kemudian memburu seorang suspek, Shoo Kar Sin, yang dikatakan turut mempunyai kaitan dalam kes kecurian dua buah kereta mewah jenis Audi R8 selain Porsche Panamera tersebut di ibu negara.

Kereta Audi R8 bernilai RM560,000 itu dilaporkan hilang dari sebuah pusat pameran kereta di Jalan Chan Sow Lin pada 6 September lalu.

Dalam pada itu, sumber berkata, kegiatan tersebut dipercayai didalangi sindiket curi kereta mewah antarabangsa membabitkan pasaran di Thailand dan Singapura.



Sumber Utusan

KOMEN: Sepandai-pandai tupai melompat......

Kelantan cipta sejarah

Pemain pasukan Kelantan meraikan kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2012 selepas menewaskan ATM 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam tadi.


SHAH ALAM: Kelantan melakar kejayaan cemerlang apabila menjulang Piala Malaysia 2012 setelah menumpaskan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, malam semalam.

Indra Putra Mahayuddin muncul wira pasukan 'The Red Warriors' apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 dalam perlawanan sepenuh masa 90 minit.

Kemenangan bersejarah itu sekali gus melengkapkan kejuaraan treble buat pasukan Kelantan selepas muncul juara Piala FA dan Liga Super musim ini, iaitu sesuatu yang kali terakhir dilakukan Kedah selama dua musim berturut-turut pada 2007 dan 2008.

Pencapaian anak buah Bojan Hodak mendakap piala keagungan bola sepak tanah air itu kali ini adalah yang kedua selepas kali pertama memenanginya pada 2010 apabila menumpaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Walaupun turun tanpa penyerang import dari Lubnan, Mohamed Ghaddar di jentera serangan, ia tidak sedikit pun menjejaskan asakan pasukan dari Pantai Timur itu bagi menyekat ATM daripada melakar sejarah menjulang piala berprestij itu buat pertama kali.

Barisan pemain ATM, yang digelar skuad 'The Gladiators' ternyata gagal menyekat kemaraan pasukan Kelantan sekali gus melepaskan peluang menebus kehampaan mereka di pentas final sulung 46 tahun lepas apabila tumpas 0-1 kepada Selangor.

Sebaik permainan bermula, Kelantan terlebih dahulu menguji 'kereta kebal' ATM yang diterajui pemain pertahanan kebangsaan Aidil Zafuan Abdul Razak.

Penyerang berbisa Norshahrul Idlan Talaha hampir meletakkan pasukan 'The Red Warriors' di hadapan pada minit ke-15 namun tindakan pantas penjaga gol ATM, Mohd Farizal Harun berjaya menyelamatkan keadaan dengan menepis keluar bola.

Kelincahan Norshahrul sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan 'The Gladiators' dan seminit sebelum separuh masa pertama tamat, beliau menyumbat gol pertama pasukan Kelantan menerusi sepakan leret dari dalam kotak penalti.

Tiga minit selepas permainan bersambung babak kedua, sepakan kencang pemain tengah ATM Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti berjaya menyamakan kedudukan.

Bagaimanapun, kegembiraan pasukan ATM tidak kekal lama apabila Norshahrul menjaringkan gol kedua 'The Red Warriors' pada minit ke-50.

Walaupun ketinggalan, barisan pemain ATM tidak berputus asa dan mereka berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi tandukan pemain import Marlon Alex James hasil sepakan percuma daripada rakan sepasukan.

Kedudukan terikat 2-2 itu berlanjutan sehingga tamat perlawanan sebenar 90 minit.

Indra Putra muncul wira apabila rembatan cantiknya hasil hantaran Mohd Nurul Azwan Roya berjaya memperdaya Mohd Farizal pada minit ke-96 untuk memastikan kemenangan mutlak skuad The Red Warriors.

Norshahrul dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-86 itu.

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berkenan menyampaikan trofi Piala Malaysia kepada ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Tahniah untuk juara, bagi yang kalah perlu tingkatkan usaha.

Keluarga guru ketakutan rumah disimbah cat merah

SITI Noor Sidin Ahmad menunjukkan kesan simbahan cat di rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah, Kota Bharu, Kelantan, kelmarin.


KOTA BHARU 20 Okt. - Seorang guru bersama lima anaknya kini diselubungi ketakutan selepas rumah mereka di Jalan Kenanga, Tanam Sabariah dekat sini disimbah cat merah malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 11 malam itu mengakibatkan kereta, lantai serta tiang rumah milik Siti Noor Sidin Ahmad, 40, dikotori cat tersebut.

Siti Noor Sidin memberitahu, kejadian itu disedari selepas anak sulungnya, Amirul Azim Zulkifli, 13, melihat ada sebuah kereta jenis Perodua Kancil berhenti di hadapan pintu pagar rumah mereka.

"Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kecil. Saya terus membuka pintu dan terkejut apabila terhidu bau cat.

"Saya kemudian memeriksa sekitar kawasan rumah dan mendapati kereta, lantai serta tiang dipenuhi dengan cat merah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber Utusan

KOMEN: Segera membuat laporan polis sekiranya sesuatu yang menakutkan telah berlaku.

11 isteri kongsi 1 suami

BERANI... lelaki terbabit ketika bernikah dengan seorang daripada 11 isterinya.


KUALA LUMPUR: Usianya baru 30 tahun tetapi memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri berikutan licik menggunakan ‘ayat power’ untuk memperdaya gadis naif dengan imej warak, selain kepakarannya memalsukan dokumen bagi meyakinkan jabatan agama di negara ini.

Dalam kebanyakan kes, kaki temberang itu mengaku masih bujang tetapi ada juga antara isterinya dipikat menerusi cara meraih simpati seperti kononnya menghadapi masalah rumah tangga selain sudah bercerai.

Menggunakan gelaran ustaz untuk memperdaya mangsa, lelaki sama sebelum ini hanya menipu pengunjung masjid dengan mengadakan ceramah agama serta memperdaya bakal jemaah umrah, selain pernah melakukan pecah amanah sebelum menghentikan seketika kegiatan itu sejurus gambarnya terpampang di akhbar atas beberapa pertuduhan jenayah.

Selepas sekian lama mendiamkan diri, lelaki terbabit kini terjun semula ke dunia penipuan, tetapi kali ini mangsanya adalah wanita hingga mampu memiliki sekurang-kurangnya 11 isteri, termasuk ada antaranya ditinggalkan sehari selepas berkahwin.

Seorang daripada wanita dikahwininya, Naimah Ismail, 24, (bukan nama sebenar), berkata dia hanya bernikah empat hari sebelum ditinggalkan dan kini dalam proses menuntut fasakh daripada lelaki terbabit.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Jangan mudah terpedaya dengan paras rupa yang baik.

Sensasi Sumptuos Erotica, blog seks pelajar Malaysia NUS



SINGAPURA: Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam berkata, ia akan menyoal seorang pelajar undang-undang warga Malaysia ekoran blog seks yang mencetuskan skandal di kedua-dua negara itu.

Alvin Tan, 24, yang memperoleh biasiswa kerajaan Singapura dan teman wanitanya juga rakyat Malaysia, Vivian Lee, 23, sudah menutup blog itu yang bergelar “Sumptuos Erotica” buat sementara waktu atas tekanan keluarga. Tan dan teman wanitanya mencetuskan sensasi dalam sekelip mata selepas blog mereka yang memuatkan foto dan video asmara, selain rakaman secara dekat alat sulit mereka mendapat publisiti meluas di Singapura dan Malaysia. Jurucakap NUS berkata, “prosiding disiplin” akan dikenakan terhadap Tan.

“Pelajar itu telah diberikan notis inkuiri Lembaga Disiplin (BOD). Dia juga telah memaklumkan kepada universiti dia akan menghadiri perbicaraan BOD,” katanya kepada media. - ST

Sumber Harian Metro

KOMEN: Apa sudah jadi dengan moral?

Mati berdentum

CEDERA...anggota bomba membantu tiga mangsa yang terselamat.


REMBAU: Seorang remaja maut manakala tiga rakannya cedera parah apabila kereta dinaiki mereka yang hilang kawalan, merempuh pondok di tepi jalan di kilometer 6 Jalan Pedas-Linggi, dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 11 malam itu, Muhammad Amir Izzat Mohd Isnin,15, yang memandu kereta jenis Honda Jazz, cedera parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 2 pagi semalam di HTJS ketika dirawat.

Difahamkan, mangsa bersama tiga lagi rakan sebayanya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Desa Permai Kundur, di sini, ketika kejadian berlaku.

Saksi, Nor Suhada Md Dom, 20, berkata, ketika kejadian dia berada di dalam rumah apabila terdengar dentuman kuat lalu meluru keluar.

“Saya terkejut melihat sebuah kereta terbalik di tepi jalan. Saya memaklumkan kepada ahli keluarga yang lain dan kami semua terus ke tempat kejadian. Saya menghubungi ambulans apabila mendapati pemandu dan penumpang cedera.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Berhati-hati di jalan raya, ingatlah orang yang tersayang

Polis parah dirempuh penjenayah

Rozaili Abd. Hamid dibawa ke hospital selepas cedera dirempuh kereta penjenayah di lokasi sekatan jalan raya di Lebuh Raya Cheras-Kajang, Hulu Langat, semalam.


HULU LANGAT 16 Okt. - Seorang anggota polis yang sedang bertugas mengadakan sekatan jalan raya di Kilometer 16, Lebuh Raya Cheras-Kajang di sini parah setelah dirempuh sebuah kereta dipandu penjenayah yang melarikan diri selepas menyamun sebuah rumah di Sungai Long awal pagi ini.

Lans Koperal Rozaili Abd. Hamid, 28, bagaimanapun bernasib baik kerana tidak terbunuh dalam kejadian itu meskipun mengalami kecederaan di kepala, dahi, tangan dan tulang rusuk.

Kejadian berlaku pukul 4.45 pagi ketika mangsa bersama lima rakan setugas iaitu empat anggota dari Balai Polis Batu 9, Cheras dan dua anggota trafik menjalankan sekatan jalan raya di lebuh raya berkenaan.

Sumber Utusan

KOMEN: Berhati-hatilah semasa menjalankan tugas





Cinta samseng



SEREMBAN: Akibat menolak cinta, seorang gadis dibelasah teman lelakinya hingga pengsan selain cedera di bibir menyebabkan dia terpaksa mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), di sini, kelmarin.

Lebih teruk, mangsa, M Yashini, 18, yang menuntut di sebuah kolej swasta di ibu negara, dibelasah di depan saudara-mara serta rakan suspek di rumahnya di Taman Limau Emas, Rasah, di sini.

Yashini berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang kelmarin, dia menemui teman lelakinya itu di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Seremban, sejurus tiba dari Kuala Lumpur, kira-kira jam 4.30 petang.

“Ketika itu saya cuba menjelaskan tidak mahu lagi berkawan dengannya menyebabkan dia berang dan bertindak kasar.

“Saya terus pulang, namun dia mengekori sehingga ke rumah dan berlaku pertengkaran serius antara kami. Tiba-tiba dia memukul saya dengan objek keras menyebabkan cedera di bibir dan kepala serta tidak sedarkan diri. 

Sumber Harian Metro

KOMEN: Berhati-hati semasa bercinta, kenal hati dahulu sebelum bercinta.

Cerpen lucah telefon bimbit

BUKTI...Rosli menunjukkan gambar lucah laman web terbabit.


IPOH: Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu.

Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu.

Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan.

“Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu.

“Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Didikan ibu bapa penting untuk anak-anak sejak lahir lagi.

Saya malu ...

KESAL...Qasem bersama bakal isteri, Nor Azuriana menunjukkan laporan polis yang dibuat.


KUALA LUMPUR: Ketika berdebar menunggu tarikh pernikahan yang dijangka berlangsung pada Sabtu ini, pelakon Mohd Nazim Atim atau Qazem Nor, 38, dan pasangannya, Nor Azuriana Amirudin atau Embun, 28, terpaksa berhadapan pula masalah pembatalan saat akhir majlis resepsi perkahwinan mereka oleh penaja.

Qazem yang ditemui di Balai Berita semalam berkata, dia meminta maaf kepada semua pihak yang sudah menerima kad undangan daripadanya di atas pembatalan majlis resepsi yang mendapat penajaan penuh Mawex Sdn Bhd yang merancang penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012.

“Mengikut perancangan, majlis persandingan saya dan Embun akan berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MIECC) di The Mines Resort City, Selangor sejurus selepas pernikahan kami pada 20 Oktober nanti. “Pun begitu, ia tiba-tiba dibatalkan pihak penaja di saat akhir.

“Saya dihubungi penaja jam 6.30 petang, 12 Oktober lalu memaklumkan mereka membatalkan segala penajaan pakej perkahwinan yang dijanjikan itu dengan alasan tidak cukup wang untuk menampung segala kos ekspo termasuk majlis persandingan disebabkan tiada sambutan pada penjualan gerai.

“Saya sangat kesal, kecewa dan tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dan berasa sangat tertipu. “Sebagai selebriti, maruah saya dijatuhkan berikutan majlis pernikahan pun semakin hampir dan kad undangan juga sudah diedarkan. Jadi, ia mendatangkan masalah cukup besar kepada saya.

“Tidak sepatutnya mereka berbuat seperti ini kerana bukan saya yang meminta penajaan itu. Sebaliknya, mereka yang datang kepada saya. Malah, atas persetujuan lisan dibuat, mereka juga memilih saya sebagai duta untuk program Malaysia Wedding Expo 2012 itu dan akan menaja keseluruhan majlis persandingan.

“Selain itu, mereka juga menjanjikan saya pakej bulan madu ke Bali,” katanya memaklumkan pernah hadir di majlis sidang media diadakan penaja terbabit berhubung pelantikannya sebagai duta dan penganjuran program Malaysia Wedding Expo 2012 di MIECC pada 18 Julai lalu dan artikel mengenainya disiarkan di akhbar New Straits Times pada 27 Julai lalu.

Menurut Qazem lagi, bagi tindakan selanjutnya berupa tuntutan saman kepada pihak berkenaan, dia sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Pudu, pada 14 Oktober lalu. Malah, Qazem juga sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Seniman dan sidang media berhubung perkara ini akan dibuat esok di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), jam 3 petang.

Sehubungan itu, Qazem berkata, tarikh majlis persandingannya ditunda awal November nanti. Katanya, tindakan undang-undang diambil sebagai pengajaran kepada pihak penganjur yang tidak bertanggungjawab dan menjadikan selebriti sepertinya mangsa masalah dihadapi.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Bersederhana itu lebih baik.....

Pocong tanah kubur

BUKTI...Pandak melihat objek menyerupai pocong dicampak di depan rumahnya, semalam.


JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu.

“Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz.

Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam.

Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Janganlah kita mengamalkan ilmu sihir, kerana ia adalah syirik

Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal



KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak Kelantan dan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat kini menjadi sebutan apabila dikatakan mendapat tawaran RM3 juta oleh pasukan lain dan bayaran itu termasuk RM800,000 bagi menebus kontraknya dengan Kelantan yang masih berbaki tiga tahun.

Sekiranya khabar angin itu menjadi kenyataan, Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali dengan panggilan Apek bakal menjadi pemain bola sepak tempatan termahal, mengatasi bekas penyerang Selangor, Safee Sali yang menerima bayaran lebih RM2 juta untuk mewakili kelab Indonesia, Pelita Jaya FC.

Khabar angin mengenai tawaran RM3 juta untuk Apek itu tersebar di Internet terutama laman sosial, facebook dan tawaran berkenaan dikatakan dibuat pasukan Johor.

Ketika diminta komennya mengenai khabar angin itu, Apek enggan mengulas lanjut, namun mengakui ada pasukan dari negeri lain yang cuba ‘memancingnya’.

“Saya perlu menghormati kontrak (bersama skuad Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” katanya.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Jangan cepat terpedaya dengan khabar angin, kerana belum tentu sesuatu itu benar atau salah

Anak longlai dihempap TV

ANGKAT...jenazah Haris dibawa bapanya selepas dibedah siasat di Hospital Ampang, semalam. Gambar kecil, Nor Azlin, tangisan terhenti.


AMPANG: “Ketika suami mengangkat peti televisyen itu, anak saya sudah tidak bermaya. Telinga, hidung dan mulutnya juga berdarah,” kata Nor Azlin Mohd Ali, 31, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang mati dihempap televisyen di rumahnya di Taman Ampang Saujana, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, kanak-kanak terbabit Haris Hariz Khairil Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.

Nor Azlin berkata, kejadian berlaku ketika anak bongsunya itu bermain-main dengan pakaian yang dimuatkan dalam laci almari setinggi satu meter di dalam bilik tidur yang turut menempatkan televisyen bersaiz 29 inci (73.6 sentimeter).

“Saya dan suami ketika itu berada di dalam bilik sementara dua lagi anak kami berusia lima dan lapan tahun bermain permainan komputer di dalam bilik saya.

“Tiba-tiba saya terdengar bunyi benda jatuh dan terus berpaling ke arah Haris sebelum terkejut apabila mendapati peti televisyen sudah menghempapnya,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Ampang, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Ibu bapa perlu memikirkan keselamatan anak-anak sama ada di dalam atau di luar rumah dan selalu memerhatikan setiap perkara yang anak-anak lakukan.

Felix Baumgartner cipta rekod terjunan angkasa




LOS ANGELES 15 Okt - Penerjun Austria Felix Baumgartner berjaya mencipta rekod dunia terjun dari pinggir angkasa awal hari ini dan mendarat dengan selamat di gurun New Mexico selepas jatuh bebas dari ketinggian 39km dari aras bumi.

Beliau membuka payung terjunnya setelah mencapai kelajuan jatuh bebas melebihi 1100 kilometer sejam

"Kadang-kadang anda perlu naik sangat tinggi untuk menyedari betapa kecilnya anda," kata Baumgartner sebelum beliau melompat dari kapsulnya, sambil diperhatikan di seluruh dunia melalui siaran langsung.

Beliau mengambil masa lebih dua jam untuk naik ke ketinggian terjunan dan telahpun memecahkan satu rekod dunia sebelum melompat lagi, iaitu rekod altitud paling tinggi untuk sebuah penerbangan belon membawa manusia.

Cubaan kali ini adalah yang kedua selepas gagal minggu lalu akibat masalah angin.

Baumgartner telah berlatih selama lima tahun dan memegang banyak rekod termasuk terjunan dari Menara Berkembar Petronas.

Sumber Utusan

KOMEN: Tahniah kerana berjaya mencipta rekod dunia dan mendarat dengan selamat.

HOT - Wonder Girls Wonder Pakai Baju Kurung






Memang HOT, ayu dan anggun. Rasanya ramai dah jatuh cinta dengan kumpulan K-pop paling hangat dari Korea, Wonder Girls .

Gambar dirakan ketika Wonder Girls Wonder World Tour in Malaysia pada 13 October 2012, bermula 7:00pm di Stadium Negara. Konsert di anjrkan oleh DAOL Entertainment Sdn. Bhd., manakala tiket diedarkan oleh AirAsia RedTix.


Saksikan mereka menyanyikan lagu Be My Baby - Wonder Girls Wonder World Tour in Malaysia


gambar kredit rotikaya & blogfyna

Pilih ‘teman’ dalam kereta

STRATEGIK... kawasan sekitar yang agak sunyi membolehkan sindiket dan pelanggan berurusan bagi mendapatkan khidmat teman pengiring.


KUALA LUMPUR: Pesan, tunggu, pilih dan angkut. Itulah taktik orang jual orang yang menggunakan sistem ala pandu lalu kepada pelanggan untuk memilih wanita teman pengiring.

Berdasarkan penyamaran wartawan Metro Ahad, urus niaga itu dijalankan secara terbuka di tepi jalan dengan pelanggan dikehendaki menunggu di dalam kereta berhampiran sebuah hentian teksi.

Orang tengah yang dipanggil abang kemudian akan menemui bakal pelanggan yang menunggu di dalam kereta untuk bertanyakan ciri wanita pengiring dikehendaki dan harga ditetapkan.

Dia akan menyusup masuk ke kawasan bangunan berhampiran sebelum muncul bersama seorang wanita. Jika berkenan, pelanggan dikehendaki membuat bayaran kepada orang tengah terbabit sebelum membawa wanita berkenaan ke tempat diingini.

Abang akan membawa wanita lain untuk dipilih jika pelanggan tidak bersetuju dengan teman pengiring pertama.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Fikirkanlah perasaan keluarga anda sekiranya tahu apa yang telah awak lakukan.

Rosak badan, otak



KUALA LUMPUR: Bermodalkan RM6 segelintir remaja termasuk penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dan pelajar sekolah dikesan mencipta ‘formula lalok’ dengan mencampurkan ubat batuk dan sejenis pil kononnya sebagai minuman kesihatan tambahan untuk kecerdasan badan dan otak.

Bagaimanapun, perbuatan kreatif tidak bertempat ini boleh mengundang maut jika diambil secara berlebihan selain menyebabkan kerosakan paru-paru, hati, sistem penghadaman, buah pinggang, otot badan mengecut dan berat badan menurun secara mengejut.

Penemuan kaedah baru menghasilkan formula yang murah dan mudah didapati ini menjadi faktor utama peningkatan penyalahgunaan ubat batuk di kalangan remaja.

Kos untuk menghasilkannya iaitu RM6 jauh lebih murah berbanding ubat batuk haram yang dijual antara RM50 hingga RM80 sebotol (150-200 mililiter), manakala bekalan ubat batuk mudah diperoleh di farmasi sekitar Lembah Klang.

Pendedahan mengejutkan ini berjaya dibongkar Metro Ahad hasil tinjauan dan siasatan selama seminggu di beberapa daerah di Selangor dan di sini.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Fikirkan keburukan yang akan menimpa diri di kemudian hari, jangan susahkan keluarga jika berlaku sesuatu yang buruk pada diri anda.

Ajal ketika tengok bola

SOLAT... ahli keluarga dan rakan menunaikan solat jenazah di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

KLANG: “Ketika pasukan Kelantan menyerang, semua penyokong bersorak tapi saya lihat dia hanya duduk diam sebelum tiba-tiba rebah,” kata Nik Mohd Eppendi Nik Yaacob, 46, rakan Suharto Abdullah, 45, penyokong Kelantan yang meninggal dunia ketika sedang menonton perlawanan bola sepak separuh akhir Piala Malaysia dengan Selangor di Stadium Shah Alam, malam kelmarin.

Nik Mohd Eppendi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, iaitu pada minit ke-63 perlawanan, rakannya tiba-tiba menjadi tidak bermaya menyebabkan dia segera memangku bahagian belakang badan Suharto daripada rebah mengenai penonton lain yang duduk di belakangnya.

“Waktu itu pasukan Kelantan sedang hebat mengasak dan semua penyokong bersorak. Kebanyakan penonton berdekatan tidak menyedari kejadian itu sebelum saya menjerit meminta tolong. Beberapa penonton kemudian membantu mengusung arwah yang sesak nafas ke tingkat bawah tempat duduk penonton stadium berkenaan,” katanya.

Katanya, mereka kemudian meminta bantuan anggota polis di situ sebelum dibawa ke sebuah hospital swasta di Shah Alam menggunakan van milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Bagaimanapun, Suharto disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital berkenaan pada jam 10.50 malam dipercayai akibat serangan jantung sebelum dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, untuk bedah siasat.

Menceritakan kejadian itu, Nik Mohd Appendi berkata, dia bersama Suharto dan seorang rakan dikenali sebagai Mat Yaacob menaiki penerbangan Firefly dari Kota Bharu jam 3 petang kelmarin sebelum tiba di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Subang, kira-kira sejam kemudian. Mereka kemudian dijemput seorang lagi rakan dengan teksi untuk ke Stadium Shah Alam.

“Sepanjang bersama arwah semalam (kelmarin), dia nampak sihat dan ceria, malah begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada pasukan Kelantan. Sebelum masuk ke stadium kira-kira jam 7.30 malam, kami berdua sempat membeli beberapa helai jersi pasukan Kelantan dan makan malam,” katanya.

Nik Mohd Eppendi berkata, sebelum memasuki stadium, Suharto yang juga ejen insurans sempat ditemubual kru sebuah stesen televisyen mengenai peluang Kelantan dan dia dengan bersemangat mengatakan Kelantan akan menang.

Katanya, sepanjang separuh masa pertama perlawanan, Suharto juga bersemangat dan bersorak bersama ribuan penyokong Kelantan serta tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kesihatannya terganggu.

“Ketika perlawanan berehat, arwah pergi membeli minuman di tingkat bawah dan sebaik perlawanan separuh masa kedua bermula, saya mula lihat arwah tidak lagi bersorak dan hanya duduk diam,” katanya.

Sementara itu, isteri Suharto, Mazlina Othman, 43, berkata, suaminya penyokong setia skuad The Red Warriors dan tidak pernah ketinggalan menonton aksi pasukan itu di Stadium Sultan Mohammed IV, Kota Bharu.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Semua lapisan umur perlu menjalani ujian kesihatan untuk menilai tahap kesihatan masing-masing sebelum terlambat.

‘Bengkel’ kereta curi

BUKTI...anggota polis memeriksa sebuah kereta yang dilaporkan hilang di Bukit Mertajam dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Taman PKNK.

KULIM: Tindakan seorang lelaki sering membawa rakan-rakannya membaiki kereta selain teman wanita pulang ke rumah keluarganya di Taman PKNK, dekat sini, membongkar rahsia kegiatan mencuri kereta apabila pihak berkuasa menyerbu rumah itu, kelmarin.

Dalam serbuan jam 6 petang itu, suspek berusia 27 tahun dikesan menjadikan rumahnya sebagai ‘bengkel’ membaiki kereta menimbulkan syak dalam kalangan penduduk setempat.

Menurut sumber, polis yang menerima maklumat daripada jiran suspek mengenai rakan-rakannya yang sering datang ke rumah itu menaiki pelbagai kereta.

Katanya, mereka akan menjalankan kerja mekanik di depan rumah hingga lewat malam dan kegiatan itu menimbulkan curiga penduduk di taman itu.

“Penduduk juga tidak selesa apabila melihat seorang wanita sering memasuki rumah itu dan disebabkan tidak tahan dengan tindak-tanduk lelaki terbabit, mereka membuat aduan kepada polis untuk menyiasat.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Jika melakukan kesalahan, cepatlah bertaubat

Banjir Kilat Di Ibu Kota

REDAH...kenderaan melalui jalan dinaiki air di Jalan Tun Abdul Razak.


KUALA LUMPUR: Hujan lebat hampir satu jam sejak jam 4 petang semalam, menyebabkan beberapa kawasan di ibu kota dilanda banjir kilat menyebabkan banyak kenderaan terperangkap.

Antara lokasi yang terbabit ialah Jalan Kuching, Jalan Duta dan Jalan Tun Razak yang menyebabkan kesesakan lalu lintas dari Sungai Besi ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, akibat banjir kilat itu kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa jalan utama di sekitar bandar raya.

“Beberapa kenderaan turut terperangkap dalam banjir kilat di kawasan susur Jalan Kuching menuju ke Jalan Duta dan Jalan Segambut ke Jalan Duta namun berjaya dialihkan,” katanya.

Menurutnya, banjir kilat mula surut selepas jam 5.30 petang dan tiada laporan berhubung kejadian pokok tumbang atau kemalangan dilaporkan.

Beliau berkata, akibat hujan lebat, beberapa jalan termasuk dari Sungai Besi menuju Kampung Malaysia dan dari Kuchai Lama ke Persimpangan Kuchai sesak.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Buang sampah di dalam tong sampah, jangan buang dimerata tempat kerana bencana alam akan berlaku di sebabkan kecuaian manusia.

‘Anu’ bengkak pakai gelang

POTONG...alat yang digunakan bomba untuk menyelamatkan mangsa.

IPOH: Bidang tugas anggota pasukan bomba dan penyelamat kini bukan sekadar memadam kebakaran atau mengeluarkan mangsa kemalangan, malah turut meliputi kerja menyelamatkan lelaki gila seks gara-gara cincin, gelang besi atau nat skru tersangkut pada kemaluan mereka.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Mahir Mat Saad berkata, lelaki itu dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, selepas nat besi bersaiz lebih kurang syiling 50 sen yang disarungkan pada pada kemaluannya gagal dikeluarkan.

Menurutnya, tindakan lelaki itu menyebabkan aliran darah pada kemaluannya tersumbat sehingga alat sulitnya itu membengkak dan bertukar lebam hitam.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Sebelum melakukan sesuatu, fikirkan baik buruknya dahulu.

Norizan tidak sanggup 'diuji' lagi



KUANTAN 11 Okt. - Seorang suami, Norizan Othman yang kehilangan isteri dan tiga anaknya sekali gus dalam kemalangan ngeri di Kemaman, semalam, mengakui tidak sanggup 'diuji' lagi untuk kehilangan dua anaknya yang cedera parah dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Norizan, 49, berharap kedua-dua anaknya, Nursakinah, 17, dan Nursyafura, 13, dapat diselamatkan kerana hanya mereka sahaja yang boleh memulihkan semangatnya kembali.

"Saya harap sangat mereka (Nursakinah dan Nursyafura) yang dirawat di Unit Rawatan Kecemasan (ICU) dapat diselamatkan, mereka sahaja yang saya ada sekarang.

Sumber Utusan

KOMEN: Semua ini ujian daripada Allah SWT. Marilah kita berdoa bersama-sama agar mereka cepat sembuh, AMIN.

10 lelaki bergelut buaya



KINABATANGAN: Lebih 10 tenaga lelaki dewasa termasuk sepasukan kakitangan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah diperlukan, sebelum berjaya menumpaskan seekor buaya gergasi sepanjang 5.2 meter yang ditemui di Sungai Kinabatangan, di sini, Ahad lalu.

Namun, buaya jantan yang digelar ‘Si Ganas’ itu ditangkap bukan kerana membaham atau mengganggu manusia, sebaliknya bagi membolehkan sepasukan penyelidik memasang penanda bertujuan memantau pergerakan sang bedal terbabit.

Dalam pemburuan itu, JHL bersama Tasik Girang Field Centre (DGFC) memasang jerat, sebelum umpan yang diberikan disambar reptilia berkenaan.

Sebaik ditangkap dan dibawa ke darat, buaya itu dipasang penanda yang membolehkan ia dijejaki menerusi satelit bagi tujuan penyelidikan.

Projek berkenaan dijalankan menerusi pembiayaan Zoo Chester dan DGFC.

Pengarah JHL Sabah, Dr Laurentius Ambu, berkata reptilia itu adalah buaya jantan ketiga ditandakan penanda satelit di Kinabatangan menerusi projek yang dijalankan Unit Menyelamat Hidupan Liar jabatan itu dan DGFC.

“Bagaimanapun, dua buaya yang ditandakan pada Jun 2011 dan Januari lalu tidak dapat dikesan selepas dua bulan ditanda.

“Kami berharap penanda pada Si Ganas dapat bertahan lama bagi membolehkan pergerakannya direkodkan,” katanya, di sini, semalam.

Laurentius berkata, lebih 10 lelaki diperlukan bagi ‘menawan’ Si Ganas sebaik memasuki perangkap dipasang sebelum diukur, dipasangkan penanda dan dilepaskan semula ke habitat asalnya.

Sementara itu, Pengarah DGFC yang juga Ketua Program Buaya Kinabatangan, Dr Benoit Goossens, berkata hasil pemantauan dalam tempoh tiga hari selepas ditanda dan dilepaskan, buaya berkenaan sudah bergerak sejauh kira-kira lima kilometer.

“Keadaan itu seolah-olah menunjukkan ia bukan haiwan pemastautin,” katanya.

Goosens berkata, pasukannyajuga menjalankan kaji selidik menerusi pemetaan lokasi bersarang yang menunjukkan penurunan habitat dan campur tangan manusia mempengaruhi tingkah laku buaya di lokasi berkenaan.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Berhati-hatilah di kawasan sungai

‘Ulat Arab’ caj hingga RM5,000



KUALA LUMPUR: Kemasukan pelancong dari Timur Tengah sepatutnya membawa rezeki melimpah kepada pemandu teksi Malaysia, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila rezeki mereka dicuri dengan kehadiran ratusan ‘ulat teksi Arab’ yang bergiat aktif di kawasan tumpuan pelancongan negara ini tanpa kawalan pihak berkuasa.

Kegiatan dipercayai dijalankan pelajar dari Iran, Arab Saudi, Jordan dan Mesir itu hanya disediakan khas untuk pelancong dari negara asal mereka kerana faktor bahasa dan komunikasi.

Difahamkan, pendapatan tahunan diperoleh semua ulat teksi terbabit dianggarkan mencecah RM100 juta setahun dan ia merugikan pendapatan negara yang sepatutnya dikutip daripada sektor pelancongan.

Perkembangan ini didedahkan Presiden Persatuan Teksi Bestari Kuala Lumpur (Bukit Bintang), Mohamed Asharaf Yasin yang kesal apabila wujud 300 ulat teksi Arab di kawasan itu dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif untuk pelancong Timur Tengah.


Menurutnya, pendapatan diraih pemandu teksi tempatan hanya RM4,000 sebulan, tetapi hasil dikaut setiap ulat teksi Arab yang beroperasi secara haram di Bukit Bintang, di sini, melebihi RM30,000 sebulan dengan menawarkan pakej perjalanan eksklusif kepada pelancong Timur Tengah dan mereka difahamkan sudah bertapak di ibu kota sejak 10 tahun lalu.

Sumber Harian metro

KOMEN: Jangan mudah terpedaya dengan ulat teksi Arab.

Bajet muflis pembangkang



PUTRAJAYA 10 Okt. - Bajet pembangkang sekiranya dilaksanakan hanya akan mengakibatkan negara jatuh bankrap, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, keadaan itu berlaku disebabkan pemimpin pembangkang dilihat ‘lemah matematik’ apabila beberapa perkara penting dan inisiatif yang dijanjikan tidak diambil kira dalam bajet bayangan yang mereka kemukakan.

Katanya, bajet pembangkang umpamanya tidak mengambil kira soal gaji terkini kakitangan awam serta beberapa janji seperti penyelarasan gaji minimum, pemberian bonus kepada warga emas, pengurangan subsidi, penghapusan tol dan penghapusan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).




Sumber Utusan

KOMEN: Renung dan fikirkanlah yang mana terbaik.

Jimmy Shanley, Suhaila sah cerai tebus talak RM1



PETALING JAYA 10 Okt. - Selepas hampir dua tahun naik turun mahkamah berkaitan isu pergolakan rumah tangga, akhirnya pengacara Jimmy Shanley dan isteri, Nursuhaila Eliani Suhaimy sah bercerai talak satu secara khuluk (tebus talak) berjumlah RM1 di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Salleh, 32, melafazkan cerai tersebut terhadap Nursuhaila, 26, dengan nada sebak di hadapan Hakim Syarie, Abd. Halim Abu Samah pada pukul 10.30 pagi ini di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Abd. Halim kemudian mengesahkan gugurnya talak satu bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal) kali pertama selepas berpuas hati dengan lafaz ijab dan kabul oleh Jimmy serta lafaz penerimaan oleh Nursuhaila.

Sumber Utusan

KOMEN: Ini semua suratan takdir, kita tidak boleh melawan takdir yang di tentukan oleh Allah SWT.

Enam maut dalam kemalangan ngeri




CHUKAI: “Ibu memang tak pernah beritahu apabila nak datang rumah saya sebab dia suka buat kejutan. Sungguh saya tak sangka kejutannya kali ini berakhir tragedi.”

Demikian kata Nursyamira Abdullah, 21, yang kehilangan ibu dan tiga adik tiri akibat kemalangan yang keseluruhannya meragut enam nyawa di Kilometer 129.5, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, Kampung Meraga Beris, Kijal, dekat sini, awal pagi semalam.

Kemalangan jam 4.30 pagi itu berlaku ketika ibu Nursyamira bersama lima adik tirinya serta dua kenalan dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Gong Pauh, di sini, ke rumah Nursyamira di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, Perodua Viva yang dinaiki lapan penumpang itu terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung sebuah bas ekspres membawa 23 penumpang dari Kota Bharu dalam perjalanan ke Kuantan.

Enam yang terbunuh ialah ibu Nursyamira, Noran Ali, 39, tiga adik tirinya, Nurkhairatul Najiha Narizan, 4, Nur Syardieena Afzan, 9, dan Nursyazleen, 12, rakan Noran, Wan Alpisar Wan Abd Kadir, 43, serta Khairudi Omar, 31, yang memandu kereta.

Sumber metro

KOMEN: Berhati- hati di jalan raya

Lima wanita Melayu kantoi pesta seks



PETALING JAYA 6 Okt. - Tujuh pelajar kolej swasta adalah antara 32 orang yang ditahan dalam satu pesta seks dan dadah di sebuah rumah kedai di Jalan SS21/39, Damansara di sini awal pagi ini.

Lebih mengejutkan dalam serbuan pada pukul 3 pagi itu, kesemua yang ditahan iaitu 27 lelaki dan lima wanita adalah berketurunan Melayu dan dipercayai turut membabitkan beberapa anak orang kenamaan (VIP).

Mereka yang berusia antara 19 dan 26 tahun itu dipercayai menyewa premis di tingkat tiga bangunan yang hanya terletak kira-kira 500 meter dari Balai Polis Damansara dengan bayaran RM500 semalam.

Serbuan dilakukan oleh sepasukan polis dari Cawangan Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Petaling Jaya bersama anggota dari Balai Polis Damansara dan Ma

Sumber Utusan

KOMEN : Orang Melayu makin 'advance'

Dakwaan rogol terhadap Strauss-Kahn digugurkan



LILLE, Perancis 3 Okt. - Pihak pendakwa raya Perancis semalam, menggugurkan dakwaan rogol ke atas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Kahn.

Keputusan itu dibuat selepas seorang wanita Belgium yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa rogol Strauss-Kahn menarik balik dakwaannya dan menyatakan perbuatan itu mendapat persetujuannya.

Terdahulu, Strauss-Kahn, 63, menafikan semua dakwaan keatasnya, termasuk tuduhan melanggan pelacur di Washington pada 2010. - AFP

sumber Utusan

Maut Tragedi lumba basikal



KUALA LUMPUR: “Saya lihat mukanya kebiruan dan tercungap-cungap,” kata Mohd Faris Adli Mat Nawi, 34, yang cuba memberi bantuan sebelum Mohamad Samsul Ariffin, 31, meninggal dunia selepas menyertai Kejohanan Lumba Basikal Bukit Universiti Putra Malaysia (UPM) 2012, dekat sini, semalam.

Mohd Faris berkata, dia kemudian diberitahu rakan peserta lain yang Mohamad Samsul meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk menerima rawatan ke Hospital Serdang (HS) jam 12 tengah hari.

Mohamad Samsul dari Kelab Basikal Pasoh Satu antara 1,700 peserta yang menyertai perlumbaan sejauh 40 kilometer itu yang dianjurkan Desa Tasek Mountain Bike Club yang bermula kira-kira jam 8 pagi.

Rakan sepasukannya, Azmi Abd Aziz, 43, yang dihubungi Harian Metro berkata, mangsa yang juga jirannya di Kampung Pasoh Satu, Jelebu, dekat Negeri Sembilan, berada dalam keadaan sihat sebelum perlumbaan dan sungguh bersemangat.


“Namun selepas sejam berlumba iaitu di kilometer (km) ke-18 dia mengadu pening kepala dan sakit dada lalu berhenti untuk berehat. Seorang rakan mengurut dada Mohamad Samsul sebelum kami semua meneruskan semula kayuhan. .. sumber gambar dan berita

.

Al Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat. Takziah buat keluarga mangsa.