'Sewa orang' RM6000 seminggu



KUALA LUMPUR: Bagi mendapat keuntungan segera dalam tempoh singkat, sekali gus mengelak kerugian jika diserbu pihak berkuasa, ada sindiket atau kumpulan tertentu memasang perangkap asmara kepada lelaki hidung belang yang kepingan gadis genit luar negara dengan menawarkan khidmat teman wanita sewaan melalui pakej ‘kekasih kontrak’.

Caranya mudah, pelanggan hanya perlu membuat bayaran tertentu dengan harga serendah RM400 sehari dan harga berkenaan boleh mencecah hingga RM6,000 seminggu berdasarkan rupa paras dan kebijaksanaan pelanggan membuat tawaran.

Selain menjadikan pelancong dan golongan kenamaan sebagai sasaran, pihak terbabit kini mula membuka ruang kepada lelaki hidung belang tempatan untuk melanggan wanita berkenaan untuk hiburan.

Sebelum ini, pakej biasa sekadar memuaskan nafsu semata-mata kerana tempahan hanya untuk beberapa jam dan sehari perkhidmatan, tapi kini dengan pakej terbaru ini, wanita boleh disewa sehingga satu minggu, malah sebulan, asalkan bayaran mengikut persetujuan.

sumber dan gambar dari metro


KOMEN : Wah, ini peluang bisnes baru. Makin ramai ler suami yang melingkup..

Redha isteriku GRO



KUALA LUMPUR: Keutamaan mereka ialah hiburan dan mendapatkan wang dengan cara mudah. Itu cara hidup segelintir pasangan suami isteri di ibu kota yang ‘sekepala’ menjalani kehidupan yang disifatkan golongan terbabit amat bahagia biarpun diselubungi noda.

“Isteri saya pernah kerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dan saya beri keizinan kerana pendapatannya lumayan, boleh cecah sehingga lebih RM10,000 sebulan.

“Lagipun, saya minat hiburan dan suka lepak dengan kawan mendengar muzik,” kata lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Man, 37.

Man yang mendakwa hanya bekerja sendiri berkata, dia dan isterinya, Liza, 28, baru berkahwin lima bulan lalu.


“Tapi, isteri saya baru saja berhenti kerja sebagai GRO sejak sebulan lalu kerana kini dia hamil lima minggu,” katanya. .... metro

Oopss ... Tak sempat urut




MELAKA: Lima wanita asing disyaki tukang urut yang sedang menanti kehadiran pelanggan di sebuah premis di sekitar bandaraya ini tergamam dan tidak sempat melarikan diri apabila ‘dikunjungi’ pihak berkuasa, kelmarin.

Difahamkan, semua wanita warga Vietnam berusia 20 hingga 30-an itu menjalankan kegiatan berkenaan secara tidak sah dengan menyalahgunakan pas lawatan sosial mereka.


Serbuan khas itu dijalankan pegawai dan anggota Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka diketuai Inspektor Salim Ahmad, kira-kira jam 3.45 petang.

Ketika serbuan, seorang wanita tempatan dipercayai penjaga premis turut berada di bangunan berkenaan.


Bagaimanapun, keadaan terkawal berikutan keenam-enam mereka tidak meloloskan diri dan ditahan untuk tindakan lanjut. Pegawai Turus D7 Melaka, Asisten Superintendan Azhar Abdul Rahim berkata, operasi dilakukan hasil maklumat awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan aktiviti menyalahi undang-undang premis itu.


“Ia berikutan semua wanita asing itu dipercayai bekerja tanpa permit sah sebagai tukang urut.

“Dalam serbuan sama, kami turut menahan seorang wanita tempatan berusia 30-an untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam. Menurutnya, kes diklasifikasikan mengikut Akta Imigresen 1959/1963. Katanya, pihaknya akan menjalankan pemantauan dan operasi seumpama itu secara berterusan bagi memastikan aktiviti tidak bermoral berkenaan dapat dibanteras sepenuhnya di negeri ini.


Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian Hotline IPK negeri iaitu 06-2851999 atau balai polis berdekatan untuk tindakan lanjut. sumber  myMetro

KOMEN : urut je ke?

Tinju muka isteri orang



KAPAR: Berang dengan seorang wanita yang berkhalwat dengan seorang lelaki warga Pakistan, seorang penduduk bertindak menumbuk muka wanita terbabit selepas mencekup pasangan itu di sebuah rumah di Taman Sri Kerayong, tengah malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, penduduk terbabit dipercayai geram dengan wanita berusia 30-an itu yang sebelum ini beberapa kali berjaya meloloskan diri.
Difahamkan, wanita yang juga isteri orang itu sanggup memandu dari rumahnya di Sungai Besar semata-mata untuk memadu kasih bersama kekasih gelapnya itu.

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, wanita itu dilihat beberapa kali melakukan maksiat di kawasan perumahan itu sejak dua bulan lalu.sumber METRO

18sx : Pakej mandi buih naga



KUALA LUMPUR: Bukan sekadar menawarkan khidmat seks, sebuah premis pelacuran yang berselindung di sebalik pusat kecantikan dan kesihatan di ibu kota, dikesan menyediakan pakej khas kepada pelanggan yang dikenali sebagai ‘mandian buih naga’.

Dengan bayaran RM228, antara tawaran termasuk dalam pakej itu ialah mandi buih, urutan badan ke badan (B2B), urutan sejuk dan panas sebelum memasuki fasa terakhir iaitu melakukan hubungan seks.

Kelainan tawaran yang ditawarkan premis terbabit menjadikan ia sebagai lokasi tumpuan seawal jam 2 petang hingga awal pagi.

Wartawan Harian Metro yang dimaklumkan orang awam mengenai kegiatan berkenaan membuat tinjauan di premis terbabit bagi memeriksa kesahihan dakwaan itu. Sumber Metro

KOMEN : Mandi kat rumah kan boleh, lebih murah dan jimat.. apa punya bisnes daa

Kagum : Polis hilang gigi

Kagum betul dengan polis ni, memang tabik dan 'salute' pada keberaniannya membanteras jenayah. Nak tahu, baca sampai habis..



SUBANG JAYA: Seorang anggota Balai Polis Subang Jaya patah gigi, luka di lengan dan lutut kanan selepas bergelut dengan seorang penjenayah yang cuba menyerangnya dengan parang dalam kejadian di Persiaran Kewajipan berhampiran SS14, di sini, tengah malam semalam.
Dalam kejadian pada jam 12.50 tengah malam, anggota itu yang berusia 20-an bersama empat lagi rakan setugas mengejar tiga suspek lelaki yang menaiki motosikal yang cuba menyamun di SS16, di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, sebelum kejadian, anggota polis berkenaan melakukan rondaan bermotosikal pencegahan jenayah dan pemantauan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) apabila terserempak tiga lelaki mencurigakan.
“Anggota berkenaan menghampiri dua lelaki terbabit yang menaiki satu motosikal, manakala seorang lagi menunggang sendirian untuk membuat pemeriksaan identiti.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga suspek memecut motosikal mereka menghala USJ1 menyebabkan anggota polis berkenaan mengejar,” katanya.

Menurutnya, anggota polis berkenaan berjaya memintas sebuah motosikal dinaiki dua suspek sebelum pemboncengnya terjatuh.
“Ketika mengejar, seorang suspek yang membonceng mengeluarkan parang panjang dari dalam bajunya lalu melibas ke arah anggota polis yang menghampiri dengan motosikal.

“Namun, tiba-tiba lelaki terbabit terjatuh dan cuba lari dengan melompat pembahagi jalan menuju SS14, manakala dua rakannya melepaskan diri,” katanya.
Katanya, seorang anggota polis mengejar suspek terbabit dan mengepungnya di tempat kejadian sebelum suspek nekad menyerang dengan parang panjang.

“Anggota polis berkenaan bergelut dengan suspek dan dalam pergelutan itu dia terlepas satu tembakan.

“Tembakan itu mengenai cermin hadapan sebuah kereta yang melalui tempat kejadian, tetapi tidak mencederakan pemandu dan penumpangnya,” katanya.

Yahaya berkata, suspek terbabit diberkas dan dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut, manakala parang berukuran 68.5 sentimeter yang digunakan untuk menyerang polis turut dirampas.

“Siasatan mendapati, suspek berusia 22 tahun berada dalam keadaan khayal ketika kejadian apabila ujian air kencingnya didapati positif dadah jenis syabu,” katanya.

Sehubungan itu, Yahaya meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai dua lagi suspek supaya diminta menghubungi talian 03-78627222 atau balai polis berhampiran.

sumber myMetro

Jadi isteri 100 hari

RAMPAS...Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Hussaini Mustaffa menunjukkan naskhah al-Quran yang digunakan suspek untuk mengubati mangsa.

AIB...suspek hanya berseluar dalam ketika ditahan.


SEREMBAN: Jika mahu sembuh, kena jadi isterinya selama 100 hari.

Itu syarat ditetapkan seorang bomoh yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah dihadapi wanita termasuk tidak boleh mengandung, kemurungan dan krisis rumah tangga.

Lelaki berusia 48 tahun dan berstatus penduduk tetap warga Thailand itu juga dipercayai terbabit dalam kegiatan nikah batin dengan menikahkan dirinya sendiri apabila dia menjadi kadi serta saksi selain mengambil upah RM200 daripada mangsa.

Malah, bomoh yang sudah beristeri itu juga bijak menjerat pasangan bermasalah untuk mendapatkan     khidmatnya selain menawarkan diri berkunjung ke rumah pesakit bagi memberikan rawatan.

 Berbekalkan mulut manis dan perwatakan alim serta menggunakan ayat suci al-Quran, bomoh dikenali sebagai ‘Abang Som’ itu dikesan menjalankan kegiatan songsang berkenaan sejak sebulan lalu dan sudah memerangkap empat mangsa di seluruh negara.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Jangan mudah percaya pada sesiapa........

Minah Gyver kena cekup



SUBANG JAYA: Kegiatan jenayah seorang ibu beranak empat yang layak digelar ‘Minah Gyver’ kerana kemahirannya membuka kenderaan untuk mencuri barangan di dalamnya sejak empat tahun lalu, berakhir apabila dia dicekup polis.

Wanita berusia 30 tahun itu ditahan ketika cuba mencuri barangan dalam kenderaan jemaah yang menunaikan solat Jumaat di tempat letak kereta sebuah masjid di SS15, di sini, kira-kira jam 2 petang, Jumaat lalu.

Sumber polis berkata, suspek berkemahiran membuka kereta dengan hanya menggunakan klip sebelum mencuri barangan ditinggalkan di dalamnya dan dia juga bergerak sendirian.

Sumber Harian Metro

KOMEN: Carilah rezki dari sumber yang halal

Bayi baru lahir maut dicampak dari tingkat tiga pangsapuri



PETALING JAYA 16 Sept. - Dia seorang manusia namun tidak mempunyai nilai kemanusiaan apabila sanggup mencampakkan seorang bayi yang baru dilahirkan dari tingkat tiga Pangsapuri Desa Mentari di Jalan Klang Lama di sini hari ini.

Lebih menyedihkan, bayi malang itu dibuang seperti sampah dan jatuh di laluan pejalan kaki masuk ke pangsapuri itu.

Akibat tindakan kejam manusia tidak berhati perut, bayi perempuan yang masih bertali pusat dan cukup sifat itu mati dengan kesan kecederaan di muka dan kepala akibat dicampak dari aras tinggi.

Mayat bayi itu ditemui oleh penduduk pangsapuri tersebut kira-kira pukul 11 pagi dan dipercayai dicampak sama ada dari tingkap atau ruang ampaian di tingkat tiga kediaman itu.

Sumber Utusan

KOMEN: Apa nak jadi dunia dah nak akhir zaman.........

Rumah teres simpan sundal



KUALA LUMPUR: Sungguh kurang ajar apabila penyewa sebuah rumah teres di Cheras, dekat sini, menjadikan kediamannya sebagai pusat maksiat ‘tiga dalam satu’ urut, mandi bersama dan seks dengan bayaran RM130, walaupun dikelilingi jiran yang kebanyakannya tinggal secara berkeluarga.

Tindakan liciknya menyebabkan kegiatan tidak bermoral yang didakwa dijalankan di rumah dua tingkat itu sejak lebih tiga tahun lalu tidak pernah diserbu pihak berkuasa.

Taktik digunakan sindiket itu sungguh berkesan. Bukan sembarangan pelanggan dibenarkan masuk, malah pelanggan tetap sekalipun dihadkan antara lima hingga 10 orang saja sehari bagi mengelakkan operasi mereka dihidu pihak berkuasa.

Bertindak atas aduan seorang lelaki yang mendakwa jiran di kawasan perumahan berkenaan, wartawan Metro Ahad menyamar sebagai pelanggan untuk menyiasat kesahihan rumah berahi itu. Terbukti, ia pusat pelacuran didalangi warga tempatan yang menawarkan khidmat wanita Thailand.


Tidak seperti pusat maksiat lain yang menerima sesiapa saja, ‘bapa ayam’ atau lebih dikenali sebagai ‘kapten’ pusat itu hanya menerima pelanggan dikenali atau yang diperkenalkan oleh pelanggan tetap.

sumber : Harian Metro


KOMEN : Makin lama makin hebat bapa ayam menjalankan modus operandi.. Selambe badak je dia buat port kat kawasan rumah teres..

Kaki hampir putus dirempuh Honda Accord



ALOR GAJAH: “Pilu hati ini melihat mangsa menggelupur di bahu jalan sambil merayu bantuan dan meraung menunjukkan kaki kanannya yang berlipat dan betis yang cedera parah,” kata Shamsul Arifin, 42, yang menyaksikan kemalangan membabitkan sebuah kereta dan motosikal di Kampung Tanjung Dahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.10 malam itu, mangsa, Mohd Saiful Azhar, 14, pelajar tingkatan dua sekolah menengah di daerah ini hampir putus kaki kanan selepas dirempuh kereta berkenaan.


Difahamkan, mangsa yang membonceng motosikal Yamaha Lagenda ditunggangi bapa saudaranya, Mohd Yusuf Idris, 54, datang dari arah Kampung Nelayan, Kuala Linggi menuju pekan Kuala Sungai Baru.

Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mangsa dipercayai cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Honda Accord dinaiki dua pelajar kolej yang berada di laluan sama.


Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak di bahu jalan, namun penunggang motosikal dan kedua-dua pelajar itu tidak mengalami sebarang kecederaan.


Shamsul, saksi yang terawal tiba di tempat kejadian berkata, dia terkejut apabila melihat mangsa tercampak ke bahu jalan.

“Saya kemudian segera memberhentikan motosikal dan mendekati mangsa yang masih sedarkan diri. Pada masa sama, saya melihat penunggang motosikal berkenaan turut terbaring tidak jauh daripada mangsa sebelum kembali bangun dalam keadaan terpinga-pinga.


“Saya sedih melihat kaki mangsa yang terkulai dan berlipat seperti hampir putus. Melihat keadaan itu, saya terus menghubungi talian kecemasan untuk meminta bantuan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Bagi pemandu kereta, Syed Ahmad Ali, 19, dia dari rumahnya di Kampung Tanjung Agas, Pasir Panjang, Negeri Sembilan, sebelum terbabit dalam nahas itu berkenaan.


“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya sudah memintas sebuah motosikal lain terlebih dulu dan memastikan laluan di depan selamat sebelum memotong motosikal mangsa.


“Saya bagaimanapun terkejut melihat motosikal itu tiba-tiba membuat pusingan U dan segera menekan brek menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan,” katanya.


Menurutnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, pembonceng motosikal itu tercampak.


Ketua Polis daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian itu dan berkata, mangsa dihantar ke Hospital Melaka.


“Orang ramai yang melihat kemalangan diminta tampil membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

sumber Harian Metro


KOMEN : Bila agaknya pemandu Malaysia nak berubah perangai bawa kereta  secara berhemah. Tak pasal-pasal sebabkan kecacatan pada mangsa..

Samsung perluas rangkaian Galaxy S3 dengan warna baru



KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics memperluas rangkaian Samsung Galaxy S3 dengan koleksi warna baru bagi telefon pintar yang mesra pengguna.

Dua warna baru itu iaitu Merah Garnet dan Kelabu Titanium diilhamkan daripada bahan-bahan bumi yang paling berharga, kata Samsung dalam satu kenyataan.

Etos reka bentuk yang elegan, pintar dan bergaya itu dijelmakan melalui variasi warna baharu, yang diraih daripada hubungan manusia dengan bahan-bahan semula jadi, katanya.

Minhyouk Lee, Naib Presiden dan pereka utama Samsung Galaxy S3 di Samsung, berkata setiap inci telefon pintar itu dicipta untuk mencerminkan unsur-unsur semula jadi, yang memberi ilham bagi reka bentuk ergonomiknya, daripada bentuk melengkung lembut, kepada bentuk panel yang lebih kecil.


"Dengan memperluas rangkaian warna Samsung Galaxy S3, kami meneruskan usaha mengevolusi tema reka bentuk organik minimal telefon bimbit ini," tegasnya. - Bernama

Gelora nafsu Gay



KUANTAN: Aksi jijik dua lelaki homoseksual yang asyik melepaskan gelora nafsu songsang mereka di kawasan rekreasi Taman Gelora, di sini, terbantut apabila mereka dicekup penduduk tempatan yang melakukan rondaan bagi mencegah perlakuan itu, awal pagi kelmarin.

Seorang daripada penduduk terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Fairuz, 30, berkata, dua remaja lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu dicekup jam 2 pagi selepas intipan dilakukan 15 minit.

Menurutnya, penduduk kawasan perumahan berhampiran Taman Gelora kerap melakukan rondaan untuk mencekup pasangan homoseksual selepas tidak sanggup melihat taman rekreasi itu menjadi lubuk maksiat golongan terbabit.

Fairuz berkata, ketika dia dan seorang rakan melakukan rondaan awal pagi kelmarin, mereka mengesan aksi mencurigakan dua individu yang dilihat asyik memadu asmara.



sumber asal harian metro








KOMEN : Apa nak jadi? Tak reti nak ambil ikhtibar balasan kepada umat nabi Luth?

Padah lakonan kaku



KLANG: Tindakan seorang majikan mengarahkan seorang pekerja warga asingnya menyamar pelanggan warga tempatan di gerai menjual ikan miliknya di Pasar Besar Klang, Jalan Meru, di sini, semalam bagi mengelak ditahan Jabatan Imigresen gagal apabila lakonan lelaki Bangladesh itu tidak menjadi.

Padah memaparkan ‘lakonan’ kaku serta gerak-geri mencurigakan, warga Bangladesh berusia 39 tahun itu ditahan Jabatan Imigresen dalam Ops 6P selepas gagal menunjukkan dokumen perjalanan sah.


Turut ditahan majikannya yang juga penjual ikan atas kesalahan melindungi pekerja warga asing.

Timbalan Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Selangor, Othman Montil berkata, lelaki Bangladesh itu antara 68 warga asing berusia 22 hingga 45 tahun yang ditahan dalam operasi itu atas pelbagai kesalahan.


“Mereka ditahan atas kesalahan tidak memiliki pasport, melanggar syarat Imigresen dan menetap di Malaysia melebihi tempoh ditetapkan,” katanya.


Katanya, mereka yang ditahan dalam operasi bermula jam 8.45 pagi hingga 12.45 tengah hari itu terdiri daripada 24 warga Myanmar, Indonesia (21), Bangladesh dan Nepal masing-masing lapan serta empat warga India. Turut ditahan dua lelaki warga China dan seorang lelaki warga Thailand kerana mengemis di situ.

berita lanjut di Harian metro

KOMEN : Macam-macam perangai diorang ni, bersekongkol dengan pendatang asing tanpa izin. Masalah yang wujud bila mereka tiada permit atau dokumen perjalanan yang sah, akan mengakibatkan masalah jenayah tidak dapat dibendung atau dikesan.

Sendiri mau ingat beb...