KEMALANGAN melibatkan tiga kenderaan hingga mengakibatkan dua terbunuh di Jalan Pagoh-Labis berdekatan IKBN Pagoh di Pagoh, Johor, semalam. |
MUAR 11 Nov. - Seorang nenek dan cucu perempuannya adalah antara tiga yang terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di dua lokasi di daerah ini hari ini.
Dalam nahas yang berlaku di Jalan Pagoh-Labis berdekatan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh pukul 4.45 petang ini, seorang nenek yang dikenali sebagai Norshira, 52, dan cucunya, Norafifah Aliah Ridzuan, 10 bulan meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan.
Kedua-dua mangsa dikatakan tersepit di tempat duduk mereka selepas kereta jenis Kia Spectra dinaiki bersama suami Norshira dan anak perempuannya remuk teruk.
Menurut jurucakap polis, suami Norshira dan anak perempuannya bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.
Sumber Utusan
KOMEN: Berhati-hati dijalan raya....
No comments:
Post a Comment