MAUT...ahli keluarga mangsa melihat jenazah Halijah (gambar kecil) selepas bedah siasat di Hospital Gua Musang, semalam. |
GUA MUSANG: “Sejurus terdengar dentuman kuat, tubuh saya menggigil apabila melihat seorang wanita berlumuran darah dan tubuhnya hampir putus dua di bahagian pinggang akibat diseret kereta.”
Demikian kata lelaki yang mahu dikenali sebagai Hussin, 45, saksi kemalangan ngeri di Kilometer 10 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Renok Baru, dekat sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa yang juga ibu kepada tiga anak, Halijah Satar, 26, dari Kampung Batu Dua, Kuala Nerus, dekat sini, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di badan.
Rakannya, Masitah Ramli, 30, membonceng motosikal ditunggang Halijah cedera parah dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai.
Dalam kejadian itu, motosikal dinaiki mereka dikatakan dirempuh sebuah Proton Satria yang gagal memotong sebuah lori, menyebabkan Halijah terseret di bawah kereta itu dalam jarak beberapa meter.
Sumber Harian Metro
KOMEN: Berhati-hati di jalan raya.......
No comments:
Post a Comment